PUSINGAN HAID yang TIDAK TERATUR, ialah yang pusingan KURANG 25 HARI atau LEBIH DARIPADA 35 HARI. Ini dianggap tidak teratur, Ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali.Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak-anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid.Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon.Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.
PUNCA TERJADINYA GANGGUAN HAID.
Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain.Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).
Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur,jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.
Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.
PUNCA-PUNCA HAID BERLEBIHAN DAN
BERPANJANGAN
1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut.Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia
30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.
2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan keluar dari faraj.
3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device)juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan.Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.
4. Kehamilan luar biasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.
JENIS-JENIS PENDARAHAN LUAR BIASA
1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining) dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.
2.Perdarahan slepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion),ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman.Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.
3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen.
BAGAIMANA JAMU SUSUK DARA BOLEH MERAWAT MASALAH HAID anda ?
Ia mengikut kitaran haid anda jenis putus2,berpanjangan atau sudah lama tidak datang haid.Bergantung juga pada masalah anda ;-)
Sebab tu anda perlu hubungi saya untuk FREE KONSULTAN ;-)
pm @ whatsapp @ sms ke 019-2336802 bila-bila sahaja sekiranya anda perlukan khidmat rundingan terlebih dahulu. Ianya PERCUMA !
Terima kasih
****************************** ****************
PENGEDAR JSD PUCHONG
PENGEDAR JSD PUCHONG
Pages : JAMU SUSUK DARA EMA
Fb : Nor Kamariahusop Jsd
MANIS ,MANTAP ,PENUH RAHSIA
No comments:
Post a Comment